Monday 14 November 2011

Gua Tempurung,Gopeng,Perak

Gua Tempurung is a cave in Gopeng, Perak, Malaysia. It is popular among spelunkers, or caving enthusiasts. More than 3 km long, it is one of the longest caves in Peninsula Malaysia. Part of it has been developed as a show cave with electric lighting and walkways and there are a range of tours of different lengths and difficulty. A fine river cave, the river passage runs about 1.6 km through the hill. There are three very large chambers and some spectacular stalactites and stalagmites. (http://en.wikipedia.org/wiki/Gua_Tempurung)













Tuesday 1 November 2011

Pusat Konservasi Gajah,Kuala Gandah,Pahang

PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH, PAHANG
 Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.
 Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.
 Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.
 Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. Untuk program pelawat, sila merujuk kepada “Jadual Aktiviti Pelawat” di bahagian selanjutnya.
Gajah di Pusat Pemuliharaan
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.



Monday 31 October 2011

Gunung Rajah,Bentong, Pahang

Gunung Rajah (Bentong) yang terletak di Bentong, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,685 meter (5,526 kaki).Gunung Rajah (Bentong) mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.pada tahun 2004,gunung ini mendapat tumpuan ramai kerana satu kumpulan pendakian yang mendaki gunung ini telah ditimpa petir,dua orang telah meninggal dunia,salah seorang daripadanya ialah dari FELDA MEMPAGA,yng juga merupakan penuntut di KOLEJ IKIP.

Lata Naning


Pemandang kawasan Gunung Rajah

Trek ke Gunung Rajah

Gunung Rajah dari pemandangan jauh



 Puncak Gunung Rajah
 Pemandang di Puncak Gunung Rajah ( Hutan gunung)

Tumbuhan-tumbuhan di kawasan pergunungan
( Gunung Rajah )

Thursday 13 October 2011

Gunung Kinabalu

Pintu Masuk Sayat-Sayat


Gunung Kinabalu

                                        pemandangan indah di atas gunung                                                                                                                                                                                 
Info Gunung Kinabalu, Sabah
          Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
         Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
       Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Friday 7 October 2011

Hutan Lipur Berkelah ( Berkelah Waterfalls) 2 Oktober 2011,Sri Jaya, Pahang











Pandu arah Hutan Lipur Berkelah:Lebuhraya Pantai Timur exit 827 Sri Jaya kemudian ikut arah Lebuhraya persekutuan ke Kuantan, akan jumpa papan tanda Hutan Lipur Berkelah di sebelah kiri. Pandu masuk dengan kereta lebih kurang 5 km melalui jalan tidak berturap.Akan sampai di pintu masuk dan letakkan kereta anda di sini.Dari sini sampai ke kolam paling popular di atas memakan masa lebih kurang 1 1/2jam hingga 2 jam.
Langkah-langkah keselamatan: Budak-budak umur dibawah 16 tahun tidak sesuai,hanya boleh bermandi di kolam sungai di pintu masuk sahaja.Bagi yang berdaya boleh ke kolam atas, tetapi perlu berjaga-jaga sebab kolam paling atas sangat dalam, bagi yang pandai berenang tidak ada masalah.Tetapi bagi yang tidak berdaya jangan paksa diri anda.
Tarikan: Air terjun Berkelah sangat cantik dan menarik hati boleh dikatakan air terjun ini adalah salah satu yang paling cantik di Semenanjung Malaysia.Air terjun setinggi lebih kurang 8 tingkat , dengan kolam seluas padang bola sepak.

Wednesday 5 October 2011

Teknologi dan Maklumat

Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.

Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.

Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.  

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai.

Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah organisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar.

            Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yang berasaskan teknologi maklumat.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri
murid diber i peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai
hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.
Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil
       Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.
Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.
i. Hasil pembelajaran per lu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna,berkesan,menarik dan  
   mengembirakan.
iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktivitiPembelajaran.
iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran
    sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.