Wednesday 5 October 2011

Teknologi dan Maklumat

Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.

Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.

Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.  

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai.

Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah organisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar.

            Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yang berasaskan teknologi maklumat.

No comments:

Post a Comment